Mari Mendengar Ayat Suci Al-Quran dan Hayati Terjemahannya

Listen to Quran

Sunday, December 6, 2009

Luar Kawasan dari 7 hingga 10 Dec 2009...



Salam Semua,

'Blogging' dari East-in Hotel PJ, sampai petang semalam lebih kurang pukul 6.30 pm..nasib baik ada GPS..kalau tak sesat larat aku.. maklumla turun ke KL ni boleh dibilang ngan jari...
Training start pukul 9:00 am kat IMS Asia located at TH Uptown 3...tapi nak pi awai sket sebab nak sarapan dulu.. Hotel x provide breakfast.. rate tak cover..maklumla org kolar biru...tapi...minum kat mamak lagi best cuma kene bayor la..hehehe
Semasa dalam perjalanan mai hotel ni semalam..hujan lebat sungguh...alhamdulillah sampai di destinasi dengan Selamat...
Ok la .. stop dulu kat sini..Nak bersiap-siap sebab kereta Wira aku tu kene warm-up enjin dulu lebih kurang 15 min.. klu tak jalannya tak smooth..

jnjl..73 cherio...bye.

Read more...

Wednesday, December 2, 2009

Salam Takziah kepada 9W2HLJ diatas kematian ibundanya..

Salam,
Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Keluarga Abg Musyairi 9W2HLJ diatas kematian ibundanya yang telah kembali kerahmatullah malam tadi.Semoga Allah mengampuninya dan dicucuri rahmat ke atas roh beliau. AL Fatihah..

Read more...

Sunday, November 8, 2009

Alhamdulillah .. syukur kepadanya kerana pengiktirafan ini..


Sat tadi berkesempatan menjengah blog abg salehan kita 9W2SBD..ehhh.. ada nama dan gambor kita lak pasal Q Day 2009 yang telah berlangsung minggu lepas..kalau nak tahu orang kuat Q Day ni salah sorangnya abg salehan jugak la..

Saya amat bersetuju apa yang dikomenkan oleh beliau, memang tidak dapat dinafikan penglibatan saya dengan hobi RA banyak membantu didalam melaksanakan sebarang tugas yang diberikan...keyakinan diri bertambah begitu ketara sekali...pendek kata Musa dulu sebelum terlibat ngan hobi RA ni tak sama dengan 9W2LCD la ni...
So...pertama sekali ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Isteri tersayang yang banyak berkorban dan memahami diri ini seterusnya kepada rakan-rakan sekerja dan semestinya rakan radio amaturku...Kredit untuk anda semua.

Now, I am thinking of setting new KPI to maintain the achievement...any project gang ??

Read more...

Hujung Minggu Yang Santai...

Salam,

Dah lama tak update blog aku nih...Ada lapang masa sikit pagi ni selepas menghabiskan tugasan yang diberikan oleh boss pada minggu lepas yg due datenya petang ni..
Sambil-sambil tarik nafas lega sekejap ambil peluang masukkan sedikit aktiviti hujung minggu aku....
Kebetulan minggu ni aku dan family tak pergi menjengok sulung aku di asrama maahad al-islah kat teluk intan, aku serta keluarga berkelah di kebun milik mertua berhampiran sungai kampar di kg batu karang..
Saja-saja nak biasakan harmonics masuk hutan untuk berkawan-kawan ngan nyamuk dan merasa suasana berkelah di kebun..seronok juga deme...
XYL aku pagi-pagi dah ajak aku pergi ke pasar malim nawar untuk mencari ikan tilapia dan keli untuk dibuat bakor..aku lak meninjau-ninjau petai utk dicicah ngan sambai tempoyak dari durian baru yang ada kat kebun tu...pergh..memang layan..makan nasi lak kat atas daun pisang..lepas makan siap ada pencuci mulut buah rambutan lagi..aduii..tak leh nak cerite lebih..sindiri mau hingat..
Paling tidak, harmonik aku merasa suasana yang pernah aku rasa semasa aku kecil-kecil dulu..Paling tidak boleh juga dijadikan memori mereka apabila dah meningkat dewasa nanti...

Read more...

Wednesday, October 21, 2009

Jom Belajor Morse Code (CW)

Salam semua rakan-rakanku,

Berikut ingin dikongsi-kongsikan dengan rakan-rakan semua tentang satu projek yang boleh membantu kita mempelajari morse code ataupun CW.Kalau ada yang berminat dengan projek ini bolehlah menghubungi saya ditalian 016-5601060 atau e-mail saje di musabinyusuf@gmail.com





video

Read more...

Sunday, October 11, 2009

Jamuan Raya PARTS pada Ahad 11/10/09

Salam kepada semua sahabat pengunjung blogku ini terutama kepada semua rakan-rakan ham di Lembah Kinta..
Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada semua AJK PARTS dan juga rakan-rakan yang membantu didalam menjayakan Jamuan sambutan Aidilfitri PARTS. Pendapat peribadi saya, markah 10/10 ++ harus diberi kepada PARTS yang dikemudikan oleh Pak Presiden kita juga bakal menukar jersi 9W2 kepada 9M2 (tahniah pak lop dan juga abang zainal 9W2ZAE, bertambah semangat aku untuk mencuba menukar kepada jersi baru) yang berjaya menjalankan acara ini dengan amat baik.
Maklumla, dari petang sabtu sampailah dihari kejadian, rakan2 yang berada di wakaf PARTS tidak mengenal erti penat lelah membantu untuk memastikan acara yang dianjurkan ini berjalan dengan baik.
Tarikh 11/10/09 yang dipilih juga telah memberi 'hint' sikit kat kita tentang betapa telitinya para AJK PARTS merancang untuk memastikan rakan2 dapat merasai pengalaman dan kenangan yang terbaik sempena hari raya cum eyeball perdana...
Saya telah sampai agak lewat dari perancangan awal maklumla banyak hal..yang penting dapat bertemu rakan tidak kira baru ataupun lama ... puas hati ini rasanya dapat melihat wajah rakan2 yang mana sebelum ini hanya berpeluang ber QSO di udara sahaja...
Banyak juga yang dapat disembangkan dengan rakan... macam2 cerita ada..
Makan ? pergh..tak leh cerita..'potluck' rakan2 memang best giler..bnyk lagi makanan yang aku tak 'mampu' nak rasa, kenyang sangat yoopp..
Seingat saya, ini lah jamuan aidilfitri yang ter'best' pernah saya hadiri..
Makan, sembang, makan, sembang, minum, makan, sembang, gelak tawa rakan-rakan bila sesekali abg 9W2JOI melontarkan suara dgn kata-kata humornya..Kepada abang JOI anda telah menjalankan tugasan anda dengan baik pada hari semalam (DJ of the day)...Tahniah bro..Idea spontan anda untuk memberi peluang kepada rakan2 memberikan ucapan Hari Raya secara tak langsung memberikan peluang mengenali secara lebih dekat diantara satu dengan yang lain.
Cikgu Sahori 9W2SOJ berkesempatan 'promote' dia punya pantun jawa, itupun nasib baik dia 'translate'..kalau tak nganga je la..hehehe
Letih bersembang, abang naim 9W2NIM pula bagi buah tangan kepada rakan2 yang ingin merasa 'buah tunjuk langit'..Khasiat ? sendiri tanya sama abang 9W2NIM... lebih2 tak leh cerita..
Kepada sesiapa yang pernah ber QSO dengan Kak Lela 9W2KLA mungkin tidak terkejut bilamana beliau secara spontan mendeklamasikan sajak untuk semua rakan-rakan ham 'live' dari wakaf PARTS...memang berbakat (sila lihat video klip dibawah.
Ok la rakan2ku semua, cukup setakat ini dulu cerita berkenaan jamuan raya @ wakaf PARTS..yang lain biarkanlah ia menjadi memori buat kita semua..

73 de 9W2LCD ..


video

Read more...

Thursday, October 8, 2009

Tahniah buat semua bakal2 9M !!!! (My CW lesson #1)

Salam,
Teruja dengan kejayaan rakan2 yang mengambil CW test pada 7/10 tempohari...Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah bagi meraikan kejayaan rakan2 yang telah lulus terutama sekali kepada Pak Presiden PARTS kita , Pak Lop 9W2SLJ dan juga tidak lupa abang Zainal 9W2ZAE ...juga buat abang ZEK 9W2PRO yang blognya selalu kita kunjungi untuk membantu saya memulakan misi kearah memperolehi 9M in the next next next CW exam...Anda semua menjadi model inspirasiku...
Buat rakan2 yang tidak ada rezeki kali ini..pengalaman anda diperlukan untuk tips-tips berguna...bak kata pujangga 'Kejayaan tidak akan dikecapi jika kegagalan belum dilalui'
Semalam aku cuba buat aku punya 'kick-off' untuk 'misi' 2010 nanti...
Hari ini aku bermula dengan baik....Inilah first trial aku..

membuatkan aku lebih bersemangat tetapi biarlah berterusan..hehehe.harap2 rakan2 yang telah lulus dapat membantu memberikan banyak lagi tips...Belajar berguru dan tanpa guru adalah dua perkara berlainan..Selamat Menghafal Bunyi...
Nanti aku 'comeout' dengan satu projek elektronik untuk mengetuk dan mendengar bunyi...tungguuuu..untuk itu jnjl 73 de 9W2LCD.

Read more...

Wednesday, October 7, 2009

Durian Oh Durian...

Kan ke best klu ada rakan2 yang mempunyai dusun durian yang ada buah seperti gambar yang dilampirkan...Baru je dapat forwarded mail dari rakan saltmine...
Tu dia..buah boleh tahan..rasa belum tahu...apepun layan gambar je...73


Read more...

Thursday, October 1, 2009

Ingin Tahu ??



Klik disini

Read more...

Radioku Yaesu...


Read more...

Good Event in UTP....



by

YM Royal Professor Ungku Aziz B Ungku Abdul Hamid
Recipient of Merdeka Award for Education and Community Category

Date : 14 October 2009

Venue : Chancellor Hall, Universiti Teknologi PETRONAS

Programme


10.00 am : Arrival of Guests


10.15 am : Arrival of YM Royal Professor Ungku Aziz B.Ungku Abdul Hamid


10.30 am : Merdeka Award Video Presentation


: Welcoming Speech by YBhg Datuk Dr Zainal Abidin Hj Kasim,
Rector of Universiti Teknologi PETRONAS


: Lecture by YM Royal Professor Ungku Aziz B.Ungku Abdul Hamid,
Recipient of Merdeka Award for Education and Community Category

: Question & Answer Session


12.30 noon : End of programme

Read more...

Sunday, September 27, 2009

Kenangan di Hari Raya 2009


Alhamdulillah...Idul Fitri telah pun disambut dengan begitu meriah. Berbagai kenangan terpahat di memori rakan2 .. Bagi diri ini , Hari Raya kali ini melakarkan satu sejarah bilamana tak semena-mena
merasa menjadi Pak Khatib di mimbar surau di Kampung OTM di Kg Batu Karang, Kampar. Selepas isyak di malam raya, Pak Imam surau offer kepada diriku ini untuk membacakan khutbah Hari Raya dan secara otomatik menjadi imam solat sunat Aidil Fitri..Berbekalkan pengalaman mengimamkan solat sunat tarawih di bulan ramadhan aku menyahut cabaran dan seterusnya mencari pengalaman baru untuk aku melangkah kehadapan sebagai seorang mukmin...Alhamdulillah, aku sukses , itupun semalaman "mentelaah" teks khutbah.. maklumla.. dah lama tak praktis jawi...InsyaAllah tahun depan ..aku nak offer diri aku pulak untuk menjadi khatib ditempat lahirku sendiri iaitu di Kg Sungau Ular, Sungai Raya, Kg Kepayang..meneruskan tradisi Allahyarham ayahanda aku...Namun banyak yang perlu aku pelajari sebelum boleh menjadi seperti dirinya...InsyaAllah..
Lama juga aku tak ber QSO, ya la.. daripada Hari Raya lagi... seminggu jugak la..cuma monitor aje.. baru pagi tadi berpeluang menekan PTT..itupun nasib baik ada abg Wan kite 9W2PJE menyahut panggilan (mungkin ramai rakan2 yang masih dalam mode raya.. hehe)..Lepas juga dendam pada PTT yang dah seminggu tak ditekan..Terima Kasih diatas kesudian ber QSO...
Hari ini juga...aku memulakan puasa sunat 6 didalam bulan syawal untuk merebut peluang berdasarkan hadis Rasulullah SAW... sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)..lanjut HADIS
InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, 5 hari minggu ni.. + sehari Senayan minggu depan..
La ni dok tengah surf internet cari borang nak bukak akaun SSPN untuk 4 harmonik berbekalkan duit raya dia orang...nak tanam budaya menabung kat harmonik le katakan..lanjut SSPN

Selamat Hari Raya Kepada Semua Yang Mengenali Diri Ini.. Maaf Zahir Dan Bathin Semoga Ramadhan dan Idul Fitri tahun Ini bukanlah Yang Terakhir buat Kita.. InsyaAllah...

Read more...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya 'Idilfitri ...


Assalammualaikum warah matullah hiwabarakatuh..

Di suasana menjelang syawal ini, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf daripada semua rakan, baik rakan radio, rakan setugas, rakan lama, rakan baru dan semua yang mengenali diri saya. Minta halal makan dan minum, jika ada hati yang terguris secara sedar mahupun tidak sepanjang bicara mahupun pergaulan kita sebagai sahabat atau rakan..maafkanlah saya seadanya...
Semoga 1 syawal yang bakal menjelang memberi seribu kebahagian buat kita semua.. dan ramadhan yang bakal pergi meninggalkan seribu satu kesan didalam mendidik kita menjadi seorang insan yang bergelar mukmin....Mari kita sama-sama memanjatkan doa kepada yang maha Esa agar segala ibadat yang kita lakukan disepanjang Ramadhan diterima olehnya.. Amin,InsyaAllah.
Doakan juga umur dan kesihatan yang baik untuk kita bertemu di Ramadhan yang akan datang..
Klu ada peluang ke arah Simpang Pulai..kontek2 la saya...jemput bertandang ke rumah..

Sehingga berjumpa dilain posting..73 jumpa dan jumpa lagi..

Read more...

Tuesday, September 8, 2009

Gambar Menarik..julingkan mata anda untuk melihat apa yang ada didalam..cantikkk..

Read more...

Monday, September 7, 2009

Nuzul Al-Quran (artikel dipetik dari blog Zulkifli Noordin


Salam 2 all.

Alhamdulillah hari ini kita sekali lagi diberi peluang meraikan hari turunnya Al Quran yang dipanggil Nuzul Al Quran.

Labih kurang 1443 tahun hijrah yang lalu, pada 17 Ramadhan berlaku pristiwa besar yang mengubah sejarah ketamadunan manusia apabila wahyu pertama diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan malaikat Jibril as.

Mulai daripada tarikh itu, wahyu diturunkan secara berperingkat kepada Rasulullah saw selama 23 tahun. Bagi yang pernah ke Makkah dan berpeluang mendaki Jabbal Nur, sudah tentu kita akan dapat menghayati betapa susah payah Rasulullah mendaki gunung tersebut menuju ke Gua Hira' dimana peristiwa tersebut berlaku. Pendakian yang mengambil masa diantara 2-3jam itu benar-benar menguji ketahanan mental, fizikal dan spiritual seseorang.

Setelah 1443 tahun berlalu, hari ini Al Quran bagi umat Islam hanya sekadar menjadi hiasan dinding yang diframekan, dijual dipelbagai gedung dan kedai dalam pelbagai bentuk dan rupa, Al Quran sekadar dijadikan hiasan almari, dibaca hanya ketika mayat didepan, atau ditadaruskan dibulan puasa, atau dimusabaqahkan saban tahun silih berganti, untuk mencari juara qori dan qoriah.

Sedangkan Al Quran sepatutnya menjadi petunjuk kepada orang bertaqwa (Al Baqarah:2), dan menjadi petunjuk bagi kehidupan manusia agar ia dapat membezakan mana yang halal, mana yang haram, yang dosa dan pahala, yang benar dan yang palsu, yang adil dan yang zalim, yang haq dan yang batil, yang Islam dan yang kufur (Al Baqarah:185)!

Dihari menyambut Nuzul Al Quran ini, manusia lebih sibuk dengan membeli belah daripada mengambil masa untuk membaca dan menghayati Al Quran. Peniaga penjaja lebih berebut habuan duniawi daripada janji Ilahi. Umat Islam lebih sibuk memastikan shopping raya dibereskan daripada mengejar keberkatan kehidupan Al Quran. Bazar dan pasar berjiran masjid riuh pikuk dengan tawaran spesial hari raya. Bagi kita hari ini Nuzul Al Quran bermakna hari cuti untuk bershopping raya.

Sedangkan masjid menjadi lengang. Mereka yang masih cintakan al Quran, yang cuba menghabiskan masa membaca Al Quran boleh dibilang dengan jari. Itu pun kalau ditolak Bangladesh dan Indon yang dok membaca Al Quran dalam Masjid, kita pun naik malu melihat kurangnya orang Melayu yang mengambil kesempatan di hari Nuzul Al Quran ini untuk membaca dan mentela'ah Al Quran.

Benarlah kata Rasulullah, "suatu hari Al Quran hanya tinggal menjadi hiasan. Dan akan tiba masanya nanti Al Quran diangkat kembali dari mashafnya. Manusia akan menjadi buta Al Quran. Diwaktu itu, ketamaddunan manusia tidak lebih daripada haiwan, malahan lebih buruk daripada haiwan. Umat Islam akan hanya menjadi saperti keldai, yang memikul kitab berkati-kati dibelakangnya, tapi sedikit pun tidak membawa menafaat kepada keldai itu.

Read more...

Wednesday, September 2, 2009

Tips untuk yg udah berkeluarga...


Sama-sama kita amalkan..InsyaAllah..

Read more...

Tuesday, September 1, 2009

Ingin menambah pelaburan saham akhirat di bulan ramadhan yang mulia ini ?


Ahli qariah surau saya memerlukan bantuan anda ...


Mohon prihatin dan simpati semua bagi membantu saudara dalam kariah Kawasan Gopeng yang kesempitan biaya untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Mu'tah Jordan dalam jurusan Usuluddin.
Beliau, Zulkifli Bin Hammat Zakri berasal dari Kg Merawan Indah, Sg Raya Simpang Pulai, Perak Darulridzuan. Lulusan Kolej Islam Darul Ridzuan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Akan berangkat pada 6hb-September-2009, Ahad depan.

Ayah beliau telah meninggal dunia pada November 2008 ekoran kanser tulang. 8 adik beradik dan sekarang ibu beliau Muznah Bt. Adnan yang membanting tulang menyara keluarga. Sumbangan, tajaan, zakat amatlah di harapkan.

Sumbangan terus boleh di salurkan terus ke akaun Maybank beliau.
No Akaun : 1583-1409-8753 (maybank)
No Tel : 019-5433989

Di harap sudi menghulur bantuan, sumbangan. Jika tidak upaya membantu, turut menyebarkan berita pun memadai.

Apa sahaja yang kamu nafkahkan di jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (rugi). Surah al-anfaal, ayat 60

..Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki sebaik-baiknya. Surah saba', ayat 39
Zulkifli Bin Hamat Zakri,. perlukan prihatin dan bantuan anda bagi
melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin di Universiti Mu'tah Jordan.
Akan bertolak pada 6hb September 2009, ahad depan. Bersama membantu beliau.
Di harapa sudi mengulur bantuan dan menghebahkan berita pada kawan-kawan.
Wassalam.

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

Ahlan Wasahlan Ramdahan Kareem..


Salam kepada rakan2ku semua..mohon maaf diatas ketelanjuran bicara, semoda ramadhan kali ini diterima Allah yang Esa...

Read more...

Monday, May 11, 2009

Ada tak berselisih ngan SUZUKI VITARA JLX 1.6 warna Hijau Metallic WGA 9342 ?


Alhamdulillah..hanya gambar sahaja yang menjadi kenangan..

Read more...

Nostalgia PUO 87/89 course EP


Kalau ada rakan-rakan yang terserempak ngan blog ni, jgn delay lagi terus call saya di talian 016-5601060 atau email saje musabinyusuf@gmail.com boleh kita jalinkan kembali silaturrahim...

Read more...

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP