Hujung Minggu Yang Santai...
Salam,
Dah lama tak update blog aku nih...Ada lapang masa sikit pagi ni selepas menghabiskan tugasan yang diberikan oleh boss pada minggu lepas yg due datenya petang ni..
Sambil-sambil tarik nafas lega sekejap ambil peluang masukkan sedikit aktiviti hujung minggu aku....
Kebetulan minggu ni aku dan family tak pergi menjengok sulung aku di asrama maahad al-islah kat teluk intan, aku serta keluarga berkelah di kebun milik mertua berhampiran sungai kampar di kg batu karang..
Saja-saja nak biasakan harmonics masuk hutan untuk berkawan-kawan ngan nyamuk dan merasa suasana berkelah di kebun..seronok juga deme...
XYL aku pagi-pagi dah ajak aku pergi ke pasar malim nawar untuk mencari ikan tilapia dan keli untuk dibuat bakor..aku lak meninjau-ninjau petai utk dicicah ngan sambai tempoyak dari durian baru yang ada kat kebun tu...pergh..memang layan..makan nasi lak kat atas daun pisang..lepas makan siap ada pencuci mulut buah rambutan lagi..aduii..tak leh nak cerite lebih..sindiri mau hingat..
Paling tidak, harmonik aku merasa suasana yang pernah aku rasa semasa aku kecil-kecil dulu..Paling tidak boleh juga dijadikan memori mereka apabila dah meningkat dewasa nanti...
0 comments:
Post a Comment