Mari Mendengar Ayat Suci Al-Quran dan Hayati Terjemahannya

Listen to Quran

Monday, February 22, 2010

9W2LCD met with 9W2MUS @ UTP IRC Carnival...


2 tahun yang lepas, sebaik sahaja aku lulus dalam RAE, terlintas terus dimindaku untuk mencetak callsign 9W2MUS di AA aku..

Carian callsign di laman SKMM ku buka dan ditaip 9W2MUS, malangnya callsign tersebut telahpun berpunya...
Mungkin masa tu orang tak kenal pun siapakah gerangan si pemunya callsign 9W2MUS ni...tapi sekarang bukan aku je kenal...anak bini aku kenal..malah semua orang kenal..berjuta-juta peminatnya..



Didalam program anjuran Info Resources Center (IRC, UTP) 9W2MUS ni sempat berkongsi pengalamannya sebagai seorang angkasawan negara yang telah selamat sampai ke ISS dan kembali ke bumi...seterusnya dianugerahkan gelaran astronaout oleh pihak russia..

Menarik juga apabila mendengar 'motivational talk' beliau yakni daripada mula menjalani pemilihan di kalangan 11,000 peserta sehingga berjaya terpilih untuk ke ISS seterusnya mengikuti pengalaman beliau apabila berada di angkasa lepas ...bukan senang rupa-rupanya nak menjadi 'candidate' angkasawan,kalau anda pernah buat pembedahan walau sekecil manapun atau ada parut luka ke, maka adalah tidak layak untuk dicalonkan..sehinggakan yang pernah tampal gigi pun tidak perlu menyimpan harapan untuk dipilih....

Bab yang paling menarik, diakhir program selepas 12 hari berada disana, beliau mendengar suara azan yang merdu berkumandang..MasyaAllah begitu hebat kuasa tuhan semesta Alam..

Sebaik sahaja selesai 'talk', beliau terus ke ruang pameran..masa ni la aku teringatkan angkasawan ni adalah salah seorang pemegang callsign..apa lagi terus ku pasang azam untuk bersalaman didaratan dengannya..diudara dulu tak sempat..hehehe

Alhamdulillah, walaupun dengan pen dan kertas yang ku pinjam dari rakan-rakan.. aku berjaya juga menyapa 9W2MUS ini dengan terlebih dahulu memperkenalkan diriku sebagai rakan radio amatur dengan callsign 9W2LCD...dan disambut olehnya "oh yaa?? It's good..."terus dia autograph dengan 9W2MUS tercatit disebelah tandatangannya..



Sekian...Cherio and 73 de 9W2LCD.

Read more...

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP