Mari Mendengar Ayat Suci Al-Quran dan Hayati Terjemahannya

Listen to Quran

Sunday, October 11, 2009

Jamuan Raya PARTS pada Ahad 11/10/09

Salam kepada semua sahabat pengunjung blogku ini terutama kepada semua rakan-rakan ham di Lembah Kinta..
Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada semua AJK PARTS dan juga rakan-rakan yang membantu didalam menjayakan Jamuan sambutan Aidilfitri PARTS. Pendapat peribadi saya, markah 10/10 ++ harus diberi kepada PARTS yang dikemudikan oleh Pak Presiden kita juga bakal menukar jersi 9W2 kepada 9M2 (tahniah pak lop dan juga abang zainal 9W2ZAE, bertambah semangat aku untuk mencuba menukar kepada jersi baru) yang berjaya menjalankan acara ini dengan amat baik.
Maklumla, dari petang sabtu sampailah dihari kejadian, rakan2 yang berada di wakaf PARTS tidak mengenal erti penat lelah membantu untuk memastikan acara yang dianjurkan ini berjalan dengan baik.
Tarikh 11/10/09 yang dipilih juga telah memberi 'hint' sikit kat kita tentang betapa telitinya para AJK PARTS merancang untuk memastikan rakan2 dapat merasai pengalaman dan kenangan yang terbaik sempena hari raya cum eyeball perdana...
Saya telah sampai agak lewat dari perancangan awal maklumla banyak hal..yang penting dapat bertemu rakan tidak kira baru ataupun lama ... puas hati ini rasanya dapat melihat wajah rakan2 yang mana sebelum ini hanya berpeluang ber QSO di udara sahaja...
Banyak juga yang dapat disembangkan dengan rakan... macam2 cerita ada..
Makan ? pergh..tak leh cerita..'potluck' rakan2 memang best giler..bnyk lagi makanan yang aku tak 'mampu' nak rasa, kenyang sangat yoopp..
Seingat saya, ini lah jamuan aidilfitri yang ter'best' pernah saya hadiri..
Makan, sembang, makan, sembang, minum, makan, sembang, gelak tawa rakan-rakan bila sesekali abg 9W2JOI melontarkan suara dgn kata-kata humornya..Kepada abang JOI anda telah menjalankan tugasan anda dengan baik pada hari semalam (DJ of the day)...Tahniah bro..Idea spontan anda untuk memberi peluang kepada rakan2 memberikan ucapan Hari Raya secara tak langsung memberikan peluang mengenali secara lebih dekat diantara satu dengan yang lain.
Cikgu Sahori 9W2SOJ berkesempatan 'promote' dia punya pantun jawa, itupun nasib baik dia 'translate'..kalau tak nganga je la..hehehe
Letih bersembang, abang naim 9W2NIM pula bagi buah tangan kepada rakan2 yang ingin merasa 'buah tunjuk langit'..Khasiat ? sendiri tanya sama abang 9W2NIM... lebih2 tak leh cerita..
Kepada sesiapa yang pernah ber QSO dengan Kak Lela 9W2KLA mungkin tidak terkejut bilamana beliau secara spontan mendeklamasikan sajak untuk semua rakan-rakan ham 'live' dari wakaf PARTS...memang berbakat (sila lihat video klip dibawah.
Ok la rakan2ku semua, cukup setakat ini dulu cerita berkenaan jamuan raya @ wakaf PARTS..yang lain biarkanlah ia menjadi memori buat kita semua..

73 de 9W2LCD ..


0 comments:

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP