Mari Mendengar Ayat Suci Al-Quran dan Hayati Terjemahannya

Listen to Quran

Sunday, November 8, 2009

Alhamdulillah .. syukur kepadanya kerana pengiktirafan ini..


Sat tadi berkesempatan menjengah blog abg salehan kita 9W2SBD..ehhh.. ada nama dan gambor kita lak pasal Q Day 2009 yang telah berlangsung minggu lepas..kalau nak tahu orang kuat Q Day ni salah sorangnya abg salehan jugak la..

Saya amat bersetuju apa yang dikomenkan oleh beliau, memang tidak dapat dinafikan penglibatan saya dengan hobi RA banyak membantu didalam melaksanakan sebarang tugas yang diberikan...keyakinan diri bertambah begitu ketara sekali...pendek kata Musa dulu sebelum terlibat ngan hobi RA ni tak sama dengan 9W2LCD la ni...
So...pertama sekali ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Isteri tersayang yang banyak berkorban dan memahami diri ini seterusnya kepada rakan-rakan sekerja dan semestinya rakan radio amaturku...Kredit untuk anda semua.

Now, I am thinking of setting new KPI to maintain the achievement...any project gang ??

Read more...

Hujung Minggu Yang Santai...

Salam,

Dah lama tak update blog aku nih...Ada lapang masa sikit pagi ni selepas menghabiskan tugasan yang diberikan oleh boss pada minggu lepas yg due datenya petang ni..
Sambil-sambil tarik nafas lega sekejap ambil peluang masukkan sedikit aktiviti hujung minggu aku....
Kebetulan minggu ni aku dan family tak pergi menjengok sulung aku di asrama maahad al-islah kat teluk intan, aku serta keluarga berkelah di kebun milik mertua berhampiran sungai kampar di kg batu karang..
Saja-saja nak biasakan harmonics masuk hutan untuk berkawan-kawan ngan nyamuk dan merasa suasana berkelah di kebun..seronok juga deme...
XYL aku pagi-pagi dah ajak aku pergi ke pasar malim nawar untuk mencari ikan tilapia dan keli untuk dibuat bakor..aku lak meninjau-ninjau petai utk dicicah ngan sambai tempoyak dari durian baru yang ada kat kebun tu...pergh..memang layan..makan nasi lak kat atas daun pisang..lepas makan siap ada pencuci mulut buah rambutan lagi..aduii..tak leh nak cerite lebih..sindiri mau hingat..
Paling tidak, harmonik aku merasa suasana yang pernah aku rasa semasa aku kecil-kecil dulu..Paling tidak boleh juga dijadikan memori mereka apabila dah meningkat dewasa nanti...

Read more...

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP