Mari Mendengar Ayat Suci Al-Quran dan Hayati Terjemahannya

Listen to Quran

Sunday, September 27, 2009

Kenangan di Hari Raya 2009


Alhamdulillah...Idul Fitri telah pun disambut dengan begitu meriah. Berbagai kenangan terpahat di memori rakan2 .. Bagi diri ini , Hari Raya kali ini melakarkan satu sejarah bilamana tak semena-mena
merasa menjadi Pak Khatib di mimbar surau di Kampung OTM di Kg Batu Karang, Kampar. Selepas isyak di malam raya, Pak Imam surau offer kepada diriku ini untuk membacakan khutbah Hari Raya dan secara otomatik menjadi imam solat sunat Aidil Fitri..Berbekalkan pengalaman mengimamkan solat sunat tarawih di bulan ramadhan aku menyahut cabaran dan seterusnya mencari pengalaman baru untuk aku melangkah kehadapan sebagai seorang mukmin...Alhamdulillah, aku sukses , itupun semalaman "mentelaah" teks khutbah.. maklumla.. dah lama tak praktis jawi...InsyaAllah tahun depan ..aku nak offer diri aku pulak untuk menjadi khatib ditempat lahirku sendiri iaitu di Kg Sungau Ular, Sungai Raya, Kg Kepayang..meneruskan tradisi Allahyarham ayahanda aku...Namun banyak yang perlu aku pelajari sebelum boleh menjadi seperti dirinya...InsyaAllah..
Lama juga aku tak ber QSO, ya la.. daripada Hari Raya lagi... seminggu jugak la..cuma monitor aje.. baru pagi tadi berpeluang menekan PTT..itupun nasib baik ada abg Wan kite 9W2PJE menyahut panggilan (mungkin ramai rakan2 yang masih dalam mode raya.. hehe)..Lepas juga dendam pada PTT yang dah seminggu tak ditekan..Terima Kasih diatas kesudian ber QSO...
Hari ini juga...aku memulakan puasa sunat 6 didalam bulan syawal untuk merebut peluang berdasarkan hadis Rasulullah SAW... sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)..lanjut HADIS
InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, 5 hari minggu ni.. + sehari Senayan minggu depan..
La ni dok tengah surf internet cari borang nak bukak akaun SSPN untuk 4 harmonik berbekalkan duit raya dia orang...nak tanam budaya menabung kat harmonik le katakan..lanjut SSPN

Selamat Hari Raya Kepada Semua Yang Mengenali Diri Ini.. Maaf Zahir Dan Bathin Semoga Ramadhan dan Idul Fitri tahun Ini bukanlah Yang Terakhir buat Kita.. InsyaAllah...

Read more...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya 'Idilfitri ...


Assalammualaikum warah matullah hiwabarakatuh..

Di suasana menjelang syawal ini, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf daripada semua rakan, baik rakan radio, rakan setugas, rakan lama, rakan baru dan semua yang mengenali diri saya. Minta halal makan dan minum, jika ada hati yang terguris secara sedar mahupun tidak sepanjang bicara mahupun pergaulan kita sebagai sahabat atau rakan..maafkanlah saya seadanya...
Semoga 1 syawal yang bakal menjelang memberi seribu kebahagian buat kita semua.. dan ramadhan yang bakal pergi meninggalkan seribu satu kesan didalam mendidik kita menjadi seorang insan yang bergelar mukmin....Mari kita sama-sama memanjatkan doa kepada yang maha Esa agar segala ibadat yang kita lakukan disepanjang Ramadhan diterima olehnya.. Amin,InsyaAllah.
Doakan juga umur dan kesihatan yang baik untuk kita bertemu di Ramadhan yang akan datang..
Klu ada peluang ke arah Simpang Pulai..kontek2 la saya...jemput bertandang ke rumah..

Sehingga berjumpa dilain posting..73 jumpa dan jumpa lagi..

Read more...

Tuesday, September 8, 2009

Gambar Menarik..julingkan mata anda untuk melihat apa yang ada didalam..cantikkk..

Read more...

Monday, September 7, 2009

Nuzul Al-Quran (artikel dipetik dari blog Zulkifli Noordin


Salam 2 all.

Alhamdulillah hari ini kita sekali lagi diberi peluang meraikan hari turunnya Al Quran yang dipanggil Nuzul Al Quran.

Labih kurang 1443 tahun hijrah yang lalu, pada 17 Ramadhan berlaku pristiwa besar yang mengubah sejarah ketamadunan manusia apabila wahyu pertama diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan malaikat Jibril as.

Mulai daripada tarikh itu, wahyu diturunkan secara berperingkat kepada Rasulullah saw selama 23 tahun. Bagi yang pernah ke Makkah dan berpeluang mendaki Jabbal Nur, sudah tentu kita akan dapat menghayati betapa susah payah Rasulullah mendaki gunung tersebut menuju ke Gua Hira' dimana peristiwa tersebut berlaku. Pendakian yang mengambil masa diantara 2-3jam itu benar-benar menguji ketahanan mental, fizikal dan spiritual seseorang.

Setelah 1443 tahun berlalu, hari ini Al Quran bagi umat Islam hanya sekadar menjadi hiasan dinding yang diframekan, dijual dipelbagai gedung dan kedai dalam pelbagai bentuk dan rupa, Al Quran sekadar dijadikan hiasan almari, dibaca hanya ketika mayat didepan, atau ditadaruskan dibulan puasa, atau dimusabaqahkan saban tahun silih berganti, untuk mencari juara qori dan qoriah.

Sedangkan Al Quran sepatutnya menjadi petunjuk kepada orang bertaqwa (Al Baqarah:2), dan menjadi petunjuk bagi kehidupan manusia agar ia dapat membezakan mana yang halal, mana yang haram, yang dosa dan pahala, yang benar dan yang palsu, yang adil dan yang zalim, yang haq dan yang batil, yang Islam dan yang kufur (Al Baqarah:185)!

Dihari menyambut Nuzul Al Quran ini, manusia lebih sibuk dengan membeli belah daripada mengambil masa untuk membaca dan menghayati Al Quran. Peniaga penjaja lebih berebut habuan duniawi daripada janji Ilahi. Umat Islam lebih sibuk memastikan shopping raya dibereskan daripada mengejar keberkatan kehidupan Al Quran. Bazar dan pasar berjiran masjid riuh pikuk dengan tawaran spesial hari raya. Bagi kita hari ini Nuzul Al Quran bermakna hari cuti untuk bershopping raya.

Sedangkan masjid menjadi lengang. Mereka yang masih cintakan al Quran, yang cuba menghabiskan masa membaca Al Quran boleh dibilang dengan jari. Itu pun kalau ditolak Bangladesh dan Indon yang dok membaca Al Quran dalam Masjid, kita pun naik malu melihat kurangnya orang Melayu yang mengambil kesempatan di hari Nuzul Al Quran ini untuk membaca dan mentela'ah Al Quran.

Benarlah kata Rasulullah, "suatu hari Al Quran hanya tinggal menjadi hiasan. Dan akan tiba masanya nanti Al Quran diangkat kembali dari mashafnya. Manusia akan menjadi buta Al Quran. Diwaktu itu, ketamaddunan manusia tidak lebih daripada haiwan, malahan lebih buruk daripada haiwan. Umat Islam akan hanya menjadi saperti keldai, yang memikul kitab berkati-kati dibelakangnya, tapi sedikit pun tidak membawa menafaat kepada keldai itu.

Read more...

Wednesday, September 2, 2009

Tips untuk yg udah berkeluarga...


Sama-sama kita amalkan..InsyaAllah..

Read more...

Tuesday, September 1, 2009

Ingin menambah pelaburan saham akhirat di bulan ramadhan yang mulia ini ?


Ahli qariah surau saya memerlukan bantuan anda ...


Mohon prihatin dan simpati semua bagi membantu saudara dalam kariah Kawasan Gopeng yang kesempitan biaya untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Mu'tah Jordan dalam jurusan Usuluddin.
Beliau, Zulkifli Bin Hammat Zakri berasal dari Kg Merawan Indah, Sg Raya Simpang Pulai, Perak Darulridzuan. Lulusan Kolej Islam Darul Ridzuan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Akan berangkat pada 6hb-September-2009, Ahad depan.

Ayah beliau telah meninggal dunia pada November 2008 ekoran kanser tulang. 8 adik beradik dan sekarang ibu beliau Muznah Bt. Adnan yang membanting tulang menyara keluarga. Sumbangan, tajaan, zakat amatlah di harapkan.

Sumbangan terus boleh di salurkan terus ke akaun Maybank beliau.
No Akaun : 1583-1409-8753 (maybank)
No Tel : 019-5433989

Di harap sudi menghulur bantuan, sumbangan. Jika tidak upaya membantu, turut menyebarkan berita pun memadai.

Apa sahaja yang kamu nafkahkan di jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (rugi). Surah al-anfaal, ayat 60

..Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki sebaik-baiknya. Surah saba', ayat 39
Zulkifli Bin Hamat Zakri,. perlukan prihatin dan bantuan anda bagi
melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin di Universiti Mu'tah Jordan.
Akan bertolak pada 6hb September 2009, ahad depan. Bersama membantu beliau.
Di harapa sudi mengulur bantuan dan menghebahkan berita pada kawan-kawan.
Wassalam.

Read more...

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP