Mari Mendengar Ayat Suci Al-Quran dan Hayati Terjemahannya

Listen to Quran

Monday, February 22, 2010

9W2LCD met with 9W2MUS @ UTP IRC Carnival...


2 tahun yang lepas, sebaik sahaja aku lulus dalam RAE, terlintas terus dimindaku untuk mencetak callsign 9W2MUS di AA aku..

Carian callsign di laman SKMM ku buka dan ditaip 9W2MUS, malangnya callsign tersebut telahpun berpunya...
Mungkin masa tu orang tak kenal pun siapakah gerangan si pemunya callsign 9W2MUS ni...tapi sekarang bukan aku je kenal...anak bini aku kenal..malah semua orang kenal..berjuta-juta peminatnya..



Didalam program anjuran Info Resources Center (IRC, UTP) 9W2MUS ni sempat berkongsi pengalamannya sebagai seorang angkasawan negara yang telah selamat sampai ke ISS dan kembali ke bumi...seterusnya dianugerahkan gelaran astronaout oleh pihak russia..

Menarik juga apabila mendengar 'motivational talk' beliau yakni daripada mula menjalani pemilihan di kalangan 11,000 peserta sehingga berjaya terpilih untuk ke ISS seterusnya mengikuti pengalaman beliau apabila berada di angkasa lepas ...bukan senang rupa-rupanya nak menjadi 'candidate' angkasawan,kalau anda pernah buat pembedahan walau sekecil manapun atau ada parut luka ke, maka adalah tidak layak untuk dicalonkan..sehinggakan yang pernah tampal gigi pun tidak perlu menyimpan harapan untuk dipilih....

Bab yang paling menarik, diakhir program selepas 12 hari berada disana, beliau mendengar suara azan yang merdu berkumandang..MasyaAllah begitu hebat kuasa tuhan semesta Alam..

Sebaik sahaja selesai 'talk', beliau terus ke ruang pameran..masa ni la aku teringatkan angkasawan ni adalah salah seorang pemegang callsign..apa lagi terus ku pasang azam untuk bersalaman didaratan dengannya..diudara dulu tak sempat..hehehe

Alhamdulillah, walaupun dengan pen dan kertas yang ku pinjam dari rakan-rakan.. aku berjaya juga menyapa 9W2MUS ini dengan terlebih dahulu memperkenalkan diriku sebagai rakan radio amatur dengan callsign 9W2LCD...dan disambut olehnya "oh yaa?? It's good..."terus dia autograph dengan 9W2MUS tercatit disebelah tandatangannya..



Sekian...Cherio and 73 de 9W2LCD.

Read more...

Sunday, December 6, 2009

Luar Kawasan dari 7 hingga 10 Dec 2009...



Salam Semua,

'Blogging' dari East-in Hotel PJ, sampai petang semalam lebih kurang pukul 6.30 pm..nasib baik ada GPS..kalau tak sesat larat aku.. maklumla turun ke KL ni boleh dibilang ngan jari...
Training start pukul 9:00 am kat IMS Asia located at TH Uptown 3...tapi nak pi awai sket sebab nak sarapan dulu.. Hotel x provide breakfast.. rate tak cover..maklumla org kolar biru...tapi...minum kat mamak lagi best cuma kene bayor la..hehehe
Semasa dalam perjalanan mai hotel ni semalam..hujan lebat sungguh...alhamdulillah sampai di destinasi dengan Selamat...
Ok la .. stop dulu kat sini..Nak bersiap-siap sebab kereta Wira aku tu kene warm-up enjin dulu lebih kurang 15 min.. klu tak jalannya tak smooth..

jnjl..73 cherio...bye.

Read more...

Wednesday, December 2, 2009

Salam Takziah kepada 9W2HLJ diatas kematian ibundanya..

Salam,
Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Keluarga Abg Musyairi 9W2HLJ diatas kematian ibundanya yang telah kembali kerahmatullah malam tadi.Semoga Allah mengampuninya dan dicucuri rahmat ke atas roh beliau. AL Fatihah..

Read more...

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP